Pages

Wednesday, April 20, 2011

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Salam...



Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



wasalam...

Monday, April 18, 2011

Keadaan sewaktu hamil

saLam..

Setiap wanita hamil mengalami perkembangan fizikal secara bertahap. Pada bulan-bulan pertama tidak begitu terasa berat dan melemahkan kekuatan jasmaninya. Namun ada juga yang sejak bulan-bulan pertama telah mengalami perubahan fizikal yang cukup berat. Sering muntah, pening dan rasa mual, sehingga lebih banyak terbaring di tempat tidur daripada berjalan.

Keadaan wanita hamil yang menjadikan seorang calon ibu mengalami kelelahan, kelemahan dan kelesuan, bukanlah sebagai suatu azab. Keadaan seperti itu merupakan perkembangan jasmani yang wajar. Allah tidak menjadikan kehamilan sebagai hukuman bagi calon ibu, tetapi sebagai kurnia dan rahmat.

Allah berfirman dalam surah Lukman ayat 14:



Ertinya:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbakti) kepada ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya ddalam keadaan lemah bertambag dan menyusukan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu, hanya kepadaKU lah kamu kembali."

Ayat ini memberikan gambaran jelas tentang perkembangan jasmani wanita hamil; iaitu dirinya merasa dari hari demi hari bertambah berat kandungannya. Bulan-bulan semakin tua terasa semakin lemah jasmaninya sehingga terkadang ada yang tidak sanggup lagi berdiri apalagi bekerja.

Keadaan wanita hamil yang Allah sendiri nyatakan perkembangannya ini janganlah dianggap azab dari Allah. Allah tidaklah berkehendak menimpakan azab, tetapi itu merupakan fitrah yang Allah tetapkan bagi wanita hamil. Kelemahan jasmani seperti itu telah berjalan sejak wanita pertama di dunia ini hamil iaitu isteri Nabi Adam, Hawa.

Perbezaan yang terjadi pada masing-masing wanita hamil mungkin pada daya tahan dan perasaan saja. Ada yang sangat merasakan sekali kelelahan dan kelesuan badanya dan ada yang ringan sahaja. Hal ini bergantung pada situasi persekitaran keluarga wanita hamil.

Wanita yang sedang hamil memang sangat dituntut ketulusan hati, kesediaan menderita, sikap tawakal sepenuuh kepada Allah dan penuh rahmatNya. Wanita yang hamil yang bertawakal akan merasakan ringan beban batin selama 9 bulan.

Sikap berserah kepada Allah dapat menghilangkan rasa cemas akan nasibnya pada hari-hari berikutnya. Sikap penuh harap terhadap rahmat Allah untuk membantunya menjalani kehamilan dengan rasa bangga dan tabah.

Pertumbuhan janin itu sendiri telah Allah tetapkan tempatnya iaitu di dalam rahim. Batas waktunya juga telah Allah tetapkan iaitu lebih kurang 9 bulan. Oleh kerana Allah telah menetapkan seperti itu kepada wanita hamil selayaknyalah Allah memberikannya pahala besar seperti pahala lelaki mukmin yang berperang di jalan Allah, mengusir musuh-musuh agama. Justeru bagi wanita hamil yang bertambah hari semakin lemah, hendaklah berbahagia kerana yang sedang dihadapi adalah rahmat Allah dan amanah yang dipercayakan kepada anda.

wasaLam..

Tuesday, April 12, 2011

Doa ketika hamil

Salam..

Wanita semasa hamil mengalami perubahan fizikal mahupun kejiwaan. Secara fixikal,, semakin hari badannya semakin lemah. Hal ini dapat dimaklumi kerana janin dalam rahim semakin membesar. Dengan demikian, beban badan, yang dikandungnya semakin berat. Begitu juga dengan keadaan kejiwaan wanita hamil, semakin besar kandungannya, semakin timbul rasa cemas dalam dirinya. Dia juga mempunyai rasa gembira kerana terbayang akan mendapatkan anak.


Bayi yang akan dilahirkan itu bakal ditumpahkan seluruh harapan. Rasanya bila bayi dalam rahimnya telah kelua kelak, menjadi besar seperti anak-anak orang lain, tentu ia akan memenuhi harapan ibu bapanya. Apakah tuntutan Islam yang harus mereka kerjakan agar dapat membuat hati mereka tenteram, tabah dan tenang?

Amat berguna bagi wanita hamil adalah mendekatkan diri kepada Allah, menjaga fizikal secara baik dan menjaga suasana dalam rumah tangga. Tentu sahaja bukan secara bersendirian kerana hal itu juga turut dilakukan oleh suami. Hal yang paling ringan untuk dilakukan adalah berdoa yang dapat dilakukan setiap solat dan juga waktu-waktu lain.

Apakah ada doa tertentu untuk wanita yang hamil?Kalau tidak ada, lalu doa apakah yang sesuai bagi wanita hamil? Wanita hamil boleh mengucap doa yang bersifat umum untuk memohon keselamatan seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW. Doa itu adalah seperti berikut:




Ertinya:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku memohon kepadaMu jalan-jalan yang memastikan beroleh rahmatMu, kepastian untuk mendapatkan pengampunanMu, selamat dari setiap dosa, meraih semua kebaikan, selamat di akhirat dengan mendapat syurga dan selamat dari seksa neraka."
(Riwayat Hakim, dari Ibnu Mas'ud)

Doa tersebut dapat dibaca setiap saat tidak ada batas waktunya. Juga dapat dibaca doa lain yang isinya meminta diringankan penderitaan yang sedang dipikul agar tidak menjadikan wanita putus asa dan sedih. Doa itu adalah:




Ertinya:

"Ya Allah, kurniakan kepada kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghindarkan kami dari perbuatan derhaka kepadaMu, dan kurniakan kami peluang taat kepadaMu, yang dapat menyampaikan kami ke syurgaMu, keyakinan yang dapat meringankan segala penderitaan di dunia, dan berilah kami peluang menggunakan dengan sebaiknya semua pendengaran dan penglihatan serta kekuatan kami selama yang Engkau hidupkan kami, dan jadikanlah dia sebagai pewaris kami, dan balaslah orang-orang yang menganiayai kami dan tolonglah kami menghadapai orang yang menentang kami. Jangan Engkau jadikan ujian yang kami hadapi dalam agama dan dunia itu menjadikan kesedihan yang sangat besar bagi kami. Jangan Engkau jadikan orang yang tidak mahu menyayangi kami sebagai penguasa kami."
(Riwayat Tirmidzi,Nasa'i dan Hakim)

Dalam doa tersebut kita memohon kepada Allah antara lain anak yang dapat menjadi pewaris. Oleh itu, sangat patut anak yang akan lahir itu kita mohonkan kepada Allah untuk dijadikan pewaris yang berguna bagi keluarga dan agama, di samping tentunya bagi dirinya sendiri.

Memang banyak doa lain yang boleh kita baca ketika hamil. Tentu sahaja wanita yang hamil boleh berdoa dengan bahasa apa saja yang boleh digunakan sehari-hari.


Monday, April 11, 2011

Doa suami mohon isteri hamil

Salam..

Seorang suami sudah tentu ingin mendapatkan anak dari isteri yang dicintainya. Dia merasa terputus keturunannya apabila dirinya tidak mendapat anak. Bahkan, sekali pun mendapat anak, tetapi hanya seorang, terkadang suami merasa tidak cukup.

Seorang isteripun akan merasa bahagia bila dia hamil dari benih suaminya. Bahkan jika isterinya mandul, dia rela suaminya berkahwin lagi. Oleh itu, tentu bukan hanya isteri sahaja yang disibukkan dengan usaha agar hamil, melainkan suami pun seharusnya turut berusaha untuk itu. Bagaimana usaha suami supaya isterinya hamil? Bila suami tidak mampu untuk berusaha dengan ubat-ubatan, lalu apa yang sepatutnya dilakukan? Bagaimana petunjuk Islam dalam hal ini?


Firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 89:





Ertinya:

"
Dan (ingatlah) ketika Zakaria menyeru Tuhannya. "Wahai Tuhankku, janganlah Engkau tinggalkan aku seorang diri, dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris."

Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa Nabi Zakaria memohon kepada Allah agar isterinya dapat menjadi hamil supaya kelak mempunyai pewaris dari darah dagingnya sendiri. Doa beliau ialah:




Ertinya:

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan aku seorang diri, dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris."


Setelah Nabi Zakaria mengucap doa tersebut, maka Allah perkenankan dan isterinya hamil. Allah mengurniakan kesihatan dan kesuburan kepada isteri Nabi Zakaria sehingga mengandung, padahal sebelumnya dia mandul. Lahirlah dari rahimnya seorang putera bernama Yahya.


Terkabulnya doa Nabi Zakaria adalah kerana beliau dan isterinya adalah hamba yang menunaikan kebaikan yang diperintahkan oleh Allah. Dia selalu berdoa kepada Allah dengan penuh rasa haarap dan cemas, iaitu mengharapkan kurnia Allah dan cemas terhadap murka-Nya. Dalam berdoa, Nabi Zakaria mengucapkan dengan sikap merendah dan hati khusyuk yang tertumpu kepada Allah, tidak sombong dan tidak pula mengingkari nikmatNya.


Apabila seorang suami tidak dapat mengucapkan doa Nabi Zakaria dengan bahasa Arab, ia boleh diucapkan dengan bahasanya sendiri. Insya-Allah doa tersebut akan dimakbulkan oleh Allah.


Berdoalah anda kerana Allah Maha Mendengar.

Sunday, April 10, 2011

Hamil TANPA suami

SaLam..


Wanita yang hamil tentulah ada yang menghamilinya. Bila wanita hamil pasti dia mempunyai seorang suami. Namun, terjadi seorang wanita hamil,tetapi tidak mempunyai suami. Dalam keadaan demikian sudah pasti wanita tersebut mempunyai rasa malu yang amat besar, tertekan dan merasa bersalah.

Gambaran perasaan serba salah, malu dan stress ini di kemukakan oleh Maryam, ibu nabi Isa a.s. ketika beliau mengandung tanpa suami kerana Allah memilihnya sebagai wanita suci. Walaupun Maryam menyedari dirinya dikehendaki Allah mengandung dengan cara luar biasa, tetapi dia tetap menyedari sikap masyarakat terhadapnya. Hal ini Allah berfirman dalam surah Maryam ayat 22 da 23:



Ertinya:

"Lalu Maryam mengandungnya, lalu dia menyisihkan diri ke tempat yang jauh terpencil dengan kandungannya. Lalu rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pokok kurma. Katanya: "Alangkah baiknya aku mati sebelum (kelahiran) ini dan aku menjadi orang yang tidak bererti lagi dilupakan."

Perungkapan rasa gundah , malu, sedih dan hina bercampur-aduk dalam diri seorang wanita yang hamil tanpa suami secara tepat dinyatakan oleh Maryam pada ayat di atas. Menghadapi kenyataan pahit seperti Maryam berangan-angan untuk mati sebelum melahirkan bayi yang Allah takdirkan akan muncul tanpa ayah. Memang Maryam tidak mengatakan lebih baik bunuh diri daripada menanggung malu.

Hal itu tidak akan dilakukan kerana dia adalah seorang wanita muslimah yang sangat takwa kepada Allah. Namun dia tidak ingin menanggung malu yang telah dibayangkan pasti akan menimpa dirinya. Allah berkehendak untuk tetap meneruskan ketetapan-Nya walaupun manusia sejagat hairan, bahkan menuduh Maryam sebagai perempuan serong.

Demikianlah suasana batin seorang wanita yang hamil tanpa suami. Dia akan dilanda ketakutan dan ingin mengasingkan diri. Dia ingin berada di tempat sunyi yang jauh dari kawan karib dan masyarakat agar dapat mengubur rasa hina yang melekat pada dirinya. Keadaan ini tetap berlaku sampai sekarang dalam masyarakat serba beradab dan moden ini.

Kalau dalam masyarakat wanita yang hamil tanpa suami tidak lagi merasa malu, terhina dan sesak dadanya, itulah pertanda moral masyarakatnya telah rosak, hilang kesucian kemanusiaannya dan menjadi haiwan yang hanya mengenal kepuasan syahwat.

Pahala hamil

SaLam..

Apa yang akan aku kongsi selepas ini, adalah berpandukan buku yang aku beli sewaktu aku mengandung tahun lepas. Seperti tajuk di atas, aku akan berkongsi tentang pahala hamil.

Setiap isteri pada umumnya sangat gembira apabila ia hamil dari benih suaminya yang tercinta. Walaupun begitu, memang ada sejumlah kecil isteri yang tidak suka kehamilan kerana ingin mengejar karier atau tidak ingin susah dengan kehadiran bayi.

Hamil bagi seorang isteri adalah suatu tugas mulia yang Allah bebankan kepada dirinya selagi mana caranya sah menurut tuntutan agama.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:



Ertinya:

"Perempuan yang menjaga Ibrahim, putera Rasulullah SAW datang lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan khabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki, tetapi tidak untuk kaum wanita." Rasulullah menjawab: "Apakah kawan-kawan perempuanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?" Jawabnya: "Benar, mereka menyuruhku seperti itu." Lalu sabdanya: "Tidakkah seseorang di antara kamu merasa redha apabila dia hamil untuk suaminya, suaminya berada dalam keadaan redha padanya? Sesungguhnya bagi wanita tersebut, pahala sama dengan seorang perajurit yang puasa dan alam ketika berperang di jalan Allah; dan bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu melahirkan, semua penghuni langit dan bumi tidak mengetahui apakah yang qunata-'ayun (penyejuk mata/ganjaran) yang telah disembunyikan daripadanya." (Riwayat Ibnu Atsir)

Wanita yang hamil secara SAH memang mempunyai banyak alasan untuk berbangga. Pertama, dia dapat membuktikan pada suaminya bahawa dia adalah wanita yang subur. Kedua, dapat berharap bahawa kelak dia akan memiliki penyambung nama keluarga yang menjadi impian setiap manusia. Ketiga, akan menjadi wanita yang mendapat pahala dari Allah selama masa hamil yang panjang itu.

Bila seorang wanita hamil secara sah, InsyaAllah dia lebih banyak mengalami suasana yang menyenangkan. Ini kerana suami terus menyintainya dengan rasa bangga, gembira dan penuh harap.


WasaLam..