Pages

Monday, April 18, 2011

Keadaan sewaktu hamil

saLam..

Setiap wanita hamil mengalami perkembangan fizikal secara bertahap. Pada bulan-bulan pertama tidak begitu terasa berat dan melemahkan kekuatan jasmaninya. Namun ada juga yang sejak bulan-bulan pertama telah mengalami perubahan fizikal yang cukup berat. Sering muntah, pening dan rasa mual, sehingga lebih banyak terbaring di tempat tidur daripada berjalan.

Keadaan wanita hamil yang menjadikan seorang calon ibu mengalami kelelahan, kelemahan dan kelesuan, bukanlah sebagai suatu azab. Keadaan seperti itu merupakan perkembangan jasmani yang wajar. Allah tidak menjadikan kehamilan sebagai hukuman bagi calon ibu, tetapi sebagai kurnia dan rahmat.

Allah berfirman dalam surah Lukman ayat 14:



Ertinya:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbakti) kepada ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya ddalam keadaan lemah bertambag dan menyusukan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu, hanya kepadaKU lah kamu kembali."

Ayat ini memberikan gambaran jelas tentang perkembangan jasmani wanita hamil; iaitu dirinya merasa dari hari demi hari bertambah berat kandungannya. Bulan-bulan semakin tua terasa semakin lemah jasmaninya sehingga terkadang ada yang tidak sanggup lagi berdiri apalagi bekerja.

Keadaan wanita hamil yang Allah sendiri nyatakan perkembangannya ini janganlah dianggap azab dari Allah. Allah tidaklah berkehendak menimpakan azab, tetapi itu merupakan fitrah yang Allah tetapkan bagi wanita hamil. Kelemahan jasmani seperti itu telah berjalan sejak wanita pertama di dunia ini hamil iaitu isteri Nabi Adam, Hawa.

Perbezaan yang terjadi pada masing-masing wanita hamil mungkin pada daya tahan dan perasaan saja. Ada yang sangat merasakan sekali kelelahan dan kelesuan badanya dan ada yang ringan sahaja. Hal ini bergantung pada situasi persekitaran keluarga wanita hamil.

Wanita yang sedang hamil memang sangat dituntut ketulusan hati, kesediaan menderita, sikap tawakal sepenuuh kepada Allah dan penuh rahmatNya. Wanita yang hamil yang bertawakal akan merasakan ringan beban batin selama 9 bulan.

Sikap berserah kepada Allah dapat menghilangkan rasa cemas akan nasibnya pada hari-hari berikutnya. Sikap penuh harap terhadap rahmat Allah untuk membantunya menjalani kehamilan dengan rasa bangga dan tabah.

Pertumbuhan janin itu sendiri telah Allah tetapkan tempatnya iaitu di dalam rahim. Batas waktunya juga telah Allah tetapkan iaitu lebih kurang 9 bulan. Oleh kerana Allah telah menetapkan seperti itu kepada wanita hamil selayaknyalah Allah memberikannya pahala besar seperti pahala lelaki mukmin yang berperang di jalan Allah, mengusir musuh-musuh agama. Justeru bagi wanita hamil yang bertambah hari semakin lemah, hendaklah berbahagia kerana yang sedang dihadapi adalah rahmat Allah dan amanah yang dipercayakan kepada anda.

wasaLam..

No comments:

Post a Comment