Pages

Sunday, April 10, 2011

Pahala hamil

SaLam..

Apa yang akan aku kongsi selepas ini, adalah berpandukan buku yang aku beli sewaktu aku mengandung tahun lepas. Seperti tajuk di atas, aku akan berkongsi tentang pahala hamil.

Setiap isteri pada umumnya sangat gembira apabila ia hamil dari benih suaminya yang tercinta. Walaupun begitu, memang ada sejumlah kecil isteri yang tidak suka kehamilan kerana ingin mengejar karier atau tidak ingin susah dengan kehadiran bayi.

Hamil bagi seorang isteri adalah suatu tugas mulia yang Allah bebankan kepada dirinya selagi mana caranya sah menurut tuntutan agama.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:



Ertinya:

"Perempuan yang menjaga Ibrahim, putera Rasulullah SAW datang lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan khabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki, tetapi tidak untuk kaum wanita." Rasulullah menjawab: "Apakah kawan-kawan perempuanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?" Jawabnya: "Benar, mereka menyuruhku seperti itu." Lalu sabdanya: "Tidakkah seseorang di antara kamu merasa redha apabila dia hamil untuk suaminya, suaminya berada dalam keadaan redha padanya? Sesungguhnya bagi wanita tersebut, pahala sama dengan seorang perajurit yang puasa dan alam ketika berperang di jalan Allah; dan bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu melahirkan, semua penghuni langit dan bumi tidak mengetahui apakah yang qunata-'ayun (penyejuk mata/ganjaran) yang telah disembunyikan daripadanya." (Riwayat Ibnu Atsir)

Wanita yang hamil secara SAH memang mempunyai banyak alasan untuk berbangga. Pertama, dia dapat membuktikan pada suaminya bahawa dia adalah wanita yang subur. Kedua, dapat berharap bahawa kelak dia akan memiliki penyambung nama keluarga yang menjadi impian setiap manusia. Ketiga, akan menjadi wanita yang mendapat pahala dari Allah selama masa hamil yang panjang itu.

Bila seorang wanita hamil secara sah, InsyaAllah dia lebih banyak mengalami suasana yang menyenangkan. Ini kerana suami terus menyintainya dengan rasa bangga, gembira dan penuh harap.


WasaLam..

3 comments:

  1. kami yang x pregnen lagi ni,berusaha ye..insyaAllah akan ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. Oleh itu,janganlah rasa hamil itu suatu yang membebankan.Ia adalah satu adventures yang tidak dapat diperolehi dan dirasai di mana-mana situasi.Sepanjang perjalanan tersebut adalah yang paling menyeronokkan.Yalah,dapat bermanja-manja dgn suami tercinta dan selalu diberi perhatian yang sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. sapa bilang hamil itu membebankan..sy x kata.malah sy ingin sekali nak hamil..hihih

    ReplyDelete