Pages

Tuesday, April 12, 2011

Doa ketika hamil

Salam..

Wanita semasa hamil mengalami perubahan fizikal mahupun kejiwaan. Secara fixikal,, semakin hari badannya semakin lemah. Hal ini dapat dimaklumi kerana janin dalam rahim semakin membesar. Dengan demikian, beban badan, yang dikandungnya semakin berat. Begitu juga dengan keadaan kejiwaan wanita hamil, semakin besar kandungannya, semakin timbul rasa cemas dalam dirinya. Dia juga mempunyai rasa gembira kerana terbayang akan mendapatkan anak.


Bayi yang akan dilahirkan itu bakal ditumpahkan seluruh harapan. Rasanya bila bayi dalam rahimnya telah kelua kelak, menjadi besar seperti anak-anak orang lain, tentu ia akan memenuhi harapan ibu bapanya. Apakah tuntutan Islam yang harus mereka kerjakan agar dapat membuat hati mereka tenteram, tabah dan tenang?

Amat berguna bagi wanita hamil adalah mendekatkan diri kepada Allah, menjaga fizikal secara baik dan menjaga suasana dalam rumah tangga. Tentu sahaja bukan secara bersendirian kerana hal itu juga turut dilakukan oleh suami. Hal yang paling ringan untuk dilakukan adalah berdoa yang dapat dilakukan setiap solat dan juga waktu-waktu lain.

Apakah ada doa tertentu untuk wanita yang hamil?Kalau tidak ada, lalu doa apakah yang sesuai bagi wanita hamil? Wanita hamil boleh mengucap doa yang bersifat umum untuk memohon keselamatan seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW. Doa itu adalah seperti berikut:




Ertinya:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku memohon kepadaMu jalan-jalan yang memastikan beroleh rahmatMu, kepastian untuk mendapatkan pengampunanMu, selamat dari setiap dosa, meraih semua kebaikan, selamat di akhirat dengan mendapat syurga dan selamat dari seksa neraka."
(Riwayat Hakim, dari Ibnu Mas'ud)

Doa tersebut dapat dibaca setiap saat tidak ada batas waktunya. Juga dapat dibaca doa lain yang isinya meminta diringankan penderitaan yang sedang dipikul agar tidak menjadikan wanita putus asa dan sedih. Doa itu adalah:




Ertinya:

"Ya Allah, kurniakan kepada kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghindarkan kami dari perbuatan derhaka kepadaMu, dan kurniakan kami peluang taat kepadaMu, yang dapat menyampaikan kami ke syurgaMu, keyakinan yang dapat meringankan segala penderitaan di dunia, dan berilah kami peluang menggunakan dengan sebaiknya semua pendengaran dan penglihatan serta kekuatan kami selama yang Engkau hidupkan kami, dan jadikanlah dia sebagai pewaris kami, dan balaslah orang-orang yang menganiayai kami dan tolonglah kami menghadapai orang yang menentang kami. Jangan Engkau jadikan ujian yang kami hadapi dalam agama dan dunia itu menjadikan kesedihan yang sangat besar bagi kami. Jangan Engkau jadikan orang yang tidak mahu menyayangi kami sebagai penguasa kami."
(Riwayat Tirmidzi,Nasa'i dan Hakim)

Dalam doa tersebut kita memohon kepada Allah antara lain anak yang dapat menjadi pewaris. Oleh itu, sangat patut anak yang akan lahir itu kita mohonkan kepada Allah untuk dijadikan pewaris yang berguna bagi keluarga dan agama, di samping tentunya bagi dirinya sendiri.

Memang banyak doa lain yang boleh kita baca ketika hamil. Tentu sahaja wanita yang hamil boleh berdoa dengan bahasa apa saja yang boleh digunakan sehari-hari.


No comments:

Post a Comment